Dengan menyertai program ini, saya mengakui dan bersetuju dengan terma serta syarat berikut:
- Umur Peserta
Saya faham bahawa hanya peserta berumur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan menyertai program ini. - Tujuan Program
Saya faham bahawa program ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja serta tidak akan memberitahu produk mana patut dibeli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah tanggungjawab dan keputusan saya sendiri. - Penjadualan Program
Saya faham bahawa saya tidak boleh menukar atau menunda ke tarikh atau seminar yang lain. - Keperluan Teknikal
Saya bertanggungjawab memastikan saya mempunyai sambungan internet yang stabil serta kuota mencukupi sepanjang tempoh program berlangsung. - Perubahan Jadual oleh Penganjur
Saya faham bahawa sebarang perubahan tarikh, masa, dan lokasi adalah tertakluk kepada pihak penganjur. Segala kos tambahan yang timbul adalah atas tanggungjawab saya sendiri. - Hak Harta Intelek
Saya faham bahawa segala perkongsian yang diberikan adalah hak harta intelek DDNK Holdings. Saya bersetuju untuk tidak merekod, menyalin, mengedar, menyebar, mengajar, atau melatih mana-mana pihak luar menggunakan maklumat yang disampaikan termasuk link akses program. Sebarang penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali, dan tindakan undang-undang akan diambil beserta tuntutan ganti rugi penuh jika syarat ini dilanggar. - Penggunaan Robot/Trading Tools
Saya faham bahawa sebarang robot, sistem, atau alat perdagangan (trading tools) yang diberikan dalam program ini adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja. Ia tidak menjamin sebarang pulangan (guaranteed return) dan segala risiko kerugian atau keuntungan adalah sepenuhnya tanggungjawab saya sendiri. - Terma & Syarat Harga Promosi
Tawaran harga diskaun/promosi hanya tertakluk kepada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak DDNK Holdings. Sebarang pembayaran pendahuluan/penuh tidak akan dikembalikan selepas tamat tempoh promosi, sama ada untuk pembatalan penyertaan atau pengurangan jumlah bayaran. - Sebarang deposit yang tidak digunakan sepenuhnya dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pembayaran adalah tidak boleh dikembalikan dan akan terbatal secara automatik (burn).
- Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa depan. Semua maklum balas dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelabur adalah atas kehendak dan persetujuan pelabur itu sendiri tanpa adanya unsur desakan, bayaran atau perkara seumpamanya daripada mana-mana pihak. Oleh itu, semua pelabur dan bakal pelabur dinasihatkan untuk mengambil tahu dan memahami setiap risiko dan terma serta syarat yang terdapat dalam pelaburan sebelum melibatkan diri dalam apa-apa jenis pelaburan. Pelabur dinasihatkan untuk membanding dan mempertimbangkan yuran, caj, dan kos yang terlibat serta menilai risiko sendiri dan mencari nasihat profesional jika diperlukan. Sila ambil perhatian bahawa beberapa produk berisiko tinggi tidak digalakkan untuk beberapa kategori pelabur tertentu. Maklumat di atas tidak di semak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Sila pastikan maklumat TIN (Tax Identification Number) dan nombor kad pengenalan anda dilengkapkan dengan tepat bagi tujuan pengeluaran e-Invois, selaras dengan keperluan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 serta pelaksanaan sistem e-Invois yang berkuat kuasa.