Dengan menyertai program ini, saya mengakui dan bersetuju dengan terma serta syarat berikut:
Saya berumur 18 tahun ke atas dan layak menyertai program ini.
Program ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Sebarang keputusan pelaburan adalah tanggungjawab saya sendiri.
Saya memahami bahawa tarikh dan sesi program tidak boleh ditukar atau ditunda, dan saya bertanggungjawab memastikan keperluan teknikal dipenuhi.
Semua bahan, modul, kaedah, sistem dan perkongsian adalah hak cipta Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) dan DDNK Holdings Sdn Bhd serta dilindungi di bawah undang-undang harta intelek Malaysia.
Saya dilarang merakam, menyalin, menyebar, mengajar atau menggunakan bahan program atau menganjurkan program seumpamanya tanpa kebenaran bertulis.
Sebarang robot, sistem atau trading tools yang diberikan adalah untuk pembelajaran sahaja dan tidak menjamin keuntungan.
Semua bayaran, termasuk bayaran promosi dan deposit, adalah tidak boleh dikembalikan, dan deposit yang tidak digunakan dalam tempoh 1 tahun akan terbatal secara automatik.
Saya memahami bahawa pelaburan dan dagangan melibatkan risiko, prestasi lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan, dan saya dinasihatkan mendapatkan nasihat profesional jika perlu.
Saya bersetuju untuk mematuhi semua terma, syarat, SOP dan arahan yang ditetapkan oleh pihak Penganjur.
Saya bersetuju untuk memberikan maklumat TIN dan nombor kad pengenalan yang tepat bagi tujuan e-Invois selaras dengan keperluan LHDNM.